'Saya bukan lagi calon Pas'

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM –  “Saya bukan calon Pas tapi calon Amanah mewakili Pakatan Harapan (Harapan) bertanding PRU14 di Parlimen Shah Alam menggunakan logo PKR,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.


Beliau berkata demikian susulan masih terdapat segelintir pengundi di daerah ini yang keliru dengan status keahliannya yang disangka masih berada dalam Pas


Menurutnya,  perkara itu dikesan selepas beliau menjalankan kempen di sekitar Shah Alam sejak beberapa hari lalu.


Katanya, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pengundi atau penduduk di sini yang masih beranggapan beliau bertanding atas tiket Pas.


“Mungkin sebahagian daripada mereka khususnya yang sibuk berniaga tak sempat atau tak dapat akses maklumat daripada media mengenai saya yang sudah keluar Pas dan menyertai parti Amanah.


“Oleh itu, saya ingin perjelaskan sekali lagi bahawa saya akan bertanding di Parlimen Shah Alam sebagai calon Amanah mewakili Harapan dan menggunakan logo PKR, ” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabatnya di Shah Alam, hari ini.


Katanya,  beliau berharap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan dalam kalangan pengundi di Shah Alam.


“Perkara ini akan diperjelaskan dari semasa ke semasa menerusi program serta kempen-kempen yang dijalankan berbaki seminggu lagi,” katanya.


Sebelum ini,  Abdul Khalid memenangi kerusi parlimen Shah Alam pada PRU 2008 dan PRU 2013 atas tiket Pas.


Bagaimanapun,  beliau serta sebahagian ahli Pas kemudiannya keluar parti Islam itu dan membentuk Parti Amanah.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]