Sudan diberi amaran putus hubungan dengan Pyongyang

in Global by


KHARTOUM – SUDAN. Sudan diberi amaran untuk memutuskan semua hubungan perniagaan dengan Korea Utara bagi membolehkan negara itu dibuang dari senarai hitam keganasan Amerika Syarikat (AS).


AS sebelum ini menyenaraikan Sudan antara ‘penaja negara pengganas’ sekali gus menghalang kebangkitan ekonomi negara itu di Afrika.


“Sudan mesti memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan beri bukti kukuh jika mahu disingkirkan dari senarai hitam keganasan,” kata seorang pegawai AS.


Sudan ketika ini berdepan dengan peningkatan inflasi, hutang yang tinggi dan kehilangan pendapatan minyak. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]