Tidak puas hati, calon PKR buat laporan polis

in Edisi Pahang by


BENTONG – PKR mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan mengenai status calon BN Dun Ketari yang tidak mengemukakan kad pengenalannya ketika pengumuman calon Sabtu lalu.


Tidak berpuas hati dengan perkara itu, calon PKR Dun Ketari, Young Syefura Othman membuat satu laporan polis berkenaan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Bentong.


Mereka turut mendakwa calon berkenaan, Datuk Lau Hoi Keong tidak layak bertanding kerana belum menukar alamatnya yang dikatakan masih beralamat di Kuala Lumpur


Young Syefura mendakwa, ketika proses penamaan calon, beliau mendapat maklumat Hoi Keong masih belum menukar alamat di kad pengenalannya.


“Kami mahu melihat kad pengenalan Datuk Lau tetapi pihak SPR tidak membenarkan. Kemudian kami dimaklumkan bahawa tidak ada isu kerana kononnya alamat di dalam cip sudah pun ditukar.


“Penjelasan ini amat meragukan kerana mustahil bahawa alamat dalam cip berbeza dengan alamat di dalam kad pengenalan itu sendiri


“Kemudian 2 orang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara hadir dan membawa salinan kad pengenalan Datuk Lau. Walaupun kami tidak dibenarkan untuk memeriksa salinan tersebut, kami dapat melihat bahawa alamat yang tertera adalah alamat di Kuala Lumpur dan bukannya Pahang,” katanya ketika ditemui pada ceramah di Felda Mempaga, Bentong semalam.


Young Syefura berkata walaupun pihaknya terus membantah, pegawai SPR telah mengumumkan Hoi Keong sebagai calon yang sah, kononnya kerana pengarah SPR negeri telah membenarkannya.


Menurutnya, SPR tidak sepatutnya menerina pencalonan Datuk Lau kerana jelastidak mematuhi syarat yang berkenaan.


“Saya amat kecewa dengan kejadian ini dan menuntut supaya SPR memberi penjelasan tentang apa yang berlaku untuk menangkis persepsi yang timbul bahawa SPR membenarkan calon BN beranding.


“Saya harap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan segera dan telus. Saya juga akan mendapat nasihat peguam tentang tindakan undang-undang yang mungkin saya ambil selepas ini,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]