Wanita ini bangga ada peha 'melimpah'

in Global by


PENNSYLVANIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita di Pennsylvania mempunyai keinginan luar biasa apabila dia ingin memiliki peha terbesar di dunia.


Bobbi-Jo Westley, 43 tahun ketika ini mempunyai saiz peha 95 inci namun dia ingin memecahkan rekod pemilik peha terbesar dunia dari  Los Angeles, Mikel Ruffinelli yang memiliki saiz 99 inci.


“Peha saya membuat saya unik dan ia memberi motivasi diri kepada saya,” katanya.


Saiz luar biasa pehanya itu membuatkan Bobbi popular di media sosial sehingga ditawarkan AS$2,000 (RM 7,915) untuk sekeping gambarnya.


Bukan itu sahaja, ramai juga yang melahirkan rasa teruja dengan potongan pehanya itu sehinggakan dia menerima banyak kiriman hadiah, bahkan ada juga yang mahu melamarnya.


Namun, disebalik kegembiraanya itu, Bobbi yang memiliki berat 245 kg dan tinggi 158 cm sukar melakukan aktiviti harian terutama dirumah malah dinasihatkan doktor supaya berdiet.


Pakar nutrisi MyTrimLine Weight Loss and Wellness Centers,  Nadia Sharifi berkata, berat badan Bobbi disebabkan tiroid yang kurang aktif  sejak enam tahun lalu.


“Dia berisiko sakit jantung yang boleh berpunca daripada  pembuluh darah tersumbat yang boleh meragut nyawanya. Dia harus menukar gaya hidup sihat dan berdiet,” katanya. – Dailymail


Source: SH Global

[featured-video-plus]