76 cedera insiden gempa bumi Iran

in Global by


TEHRAN – IRAN. Laporan terkini gempa bumi sekuat 5.2 magnitud di bandar Sisakht, kira-kira 700 kilometer di selatan Teheran pagi ini mencederakan sekurang-kurangnya 76 orang.


Pusat Gempa Bumi Kebangsaan berkata, tragedi jam 8.30 pagi waktu tempatan itu turut menyebabkan kerosakan besar infrastruktur di bandar itu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa 5.2 magnitud gegar selatan Iran]


Pada November tahun lalu, gempa berkekuatan 7.2 magnitud telah membunuh lebih 600 orang di barat Iran.


Manakala gempa bumi berkekuatan 6.6 magnitud di bandar bersejarah Bam pada 2003, telah mengorbankan hampir 26,000 penduduk. -AP/ Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]