BN Johor Bahru lapor polis pengedaran risalah fitnah

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – BN Johor Bahru hari ini membuat laporan polis berkaitan penyebaran risalah oleh pihak pembangkang yang didakwa berbaur fitnah bertujuan memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Setiausaha BN Johor Bahru Abu Talib Alias berkata, laporan dibuat selepas pihak pembangkang melanggar kata sepakat bersama yang dibuat sebelum ini untuk tidak menggunakan bahan kempen yang berunsur negatif dan menghasut rakyat.


“Laporan polis ini dibuat selepas kita mendapati terdapat usaha penyebaran risalah-risalah berbaur fitnah di kawasan perumahan Taman Pelangi iaitu di bawah Dun Stulang.


“Risalah tersebut diedarkan bersama risalah calonDun Stulang dari PKR, Andrew Chen Kah Eng yang tertera penerbit bahan adalah DAP Malaysia.


“Pada tiga hari lepas, kita telah berjumpa dengan Andrew sendiri untuk membuat kata sepakat untuk tidak menggunakan bahan-bahan kempen yang mempunyai unsur-unsur negatif,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, mengesahkan menerima laporan tersebut. – Bernama


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]