'Buka peluang untuk berkawan…'

in Hiburan by
Kemesraan Ayda, Redza jadi perbualan

‘Buka peluang untuk berkawan…’


KEHADIRAN aktor Redza Rosli, 26, menyaksikan majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 yang turut melibatkan Ayda menjadi perhatian ramai.


Ditanya mengenai perhubungan mereka, Ayda menegaskan, dia dan Redza sekadar berkawan baik dan dia selesa bersahabat dengan jejaka tersebut.  


“Saya ajak dia turut serta ke acara ini kerana mana tahu dia boleh dapat peluang jadi duta juga. Sebagai kawan apa salah kita kongsi rezeki.  


“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan, Redza kawan lelaki yang paling baik sebab saya tak mudah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.


“Tapi saya buka juga peluang untuk berkawan, tapi untuk bertunang atau berkahwin, buat masa ini tidaklah, kerana saya ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilakukan,” jelasnya.


Ayda berkata, apa yang menjadi kepentingannya kini adalah adik-adik dan ibunya.  


“Sekarang keutamaan saya adalah persiapan perkahwinan adik saya. Even my mom dah kahwin lain, saya tetap anggap dia masih lagi di bawah tanggungjawab saya.  


“Saya masih beri duit kepadanya. Begitu juga dengan dua adik saya yang sudah bekerja, walaupun mereka tak pernah minta, tapi saya tetap bagi.  


“Pada saya apa salahnya memberi pada keluarga sendiri kalau ada lebih. Baik habis pada keluarga daripada orang lain,” katanya yang mahu melihat adik bongsunya ke menara gading tiga tahun lagi.


Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, dia bakal muncul dengan sebuah single baharu yang dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]