'Bukan nak pilih calon suami'

in Politik by


MERSING – Pengundi perlu memilih calon dengan mementingkan parti yang diwakili bukan melihat kecantikan atau kekacakan calon semata-mata.


Calon PKR Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, ia penting kerana pengundi memilih kerajaan baharu bukan calon suami mahupun kekasih.


“Apabila kita pilih wakil rakyat, kita bukan sahaja pilih orang itu, muka calon itu cantik atau kacak. Tak boleh.


“Saya faham calon di sini memang kacak dan cantik, tapi kita pilih mereka bukan sebab itu. Kita pilih kerana kita nak parti politik diwakili menang.


“Ada orang kata dia orang tempatanlah, baiklah tapi sekarang kita bukan pilih seorang suami atau isteri atau kekasih. Kita pilih sebuah kerajaan yang baharu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Harapan di Bilik Gerakan Pakatan Harapan Mersing, malam kelmarin.


Menurut Shu Qi, setiap pengundi sewajarnya mengambil kira siapa calon perdana menteri bagi parti dipilih.


“Itu kita kena fikirkan. Kalau nak sebuah kerajaan baharu apa kriteria itu? Pertama saya cadangkan, kalau nak kerajaan baharu kita mesti pentingkan siapa calon PM. Kenapa?


“Kita tahu siapa calon perdana menteri BN. Datuk Seri Najib Razak. Harapan dah sediakan calon perdana menteri yang lebih baik daripada BN, Tun Mahathir.


“Ya, saya tahu Tun M dah 93 tahun, tua tapi Harapan dah sediakan perdana menteri kelapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.


Katanya, sudah tiba masa rakyat bersatu padu selamatkan negara tanpa mengira kaum atau latar belakang.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]