Calon BN dan PKR kempen 'bersama'

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


ALOR GAJAH – Calon BN dan calon PKR Dun Durian Tunggal mampu tersenyum dan bersalaman sebaik sahaja berkempen di tempat yang sama.


Situasi berjabat tangan di antara Datuk Ab Wahab Ab Latip (BN) dengan Mohd Sofi Ab Wahab (PKR), turut disertai calon BN Parlimen Alor Gajah, Datuk Wong Nai Chee selain disaksikan orang ramai yang berada di sebuah warung di Pekan Durian Tunggal, di sini, tadi.


Ab Wahab yang juga penyandang kerusi Dun Durian Tunggal berkata, apa yang berlaku menggambarkan PRU ini satu keadaan yang cukup harmoni dan tidak menimbulkan rasa membenci malah saling hormat-menghormati.


“Itu lah dia negara kita Malaysia, bila kita¬† meletakkan demokrasi itu mengatasi segala-galanya maknanya kita tak ada sentimen benci-menbenci dan khianat-mengkhianati.


“Masing-masing berjalan (kempen) dengan kaedah masing-masing dengan syarat tanpa mengadakan provokasi melampau yang akhirnya boleh meruntuhkan semangat perpaduan kita,” katanya.


Dalam pada itu, Ab Wahab berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis, semalam, berhubung kira-kira 40 poster calon dan banting yang diletakkan di sekitar Taman Angkasa Nuri telah dirosakkan individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai perbuatan khianat.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]