Contohi semangat juang Chong Wei

in Sukan by


SEMANGAT jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei yang tidak pernah mengaku kalah dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kemenangan mampu dijadikan contoh kepada rakyat di Malaysia ini.


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata golongan muda di negara ini diseru mencontohi semangat pemain badminton nombor satu negara yang tidak pernah menyerah kalah untuk mencapai mencapai kejayaan.


“Datuk Lee Chong Wei yang tidak mudah mengaku kalah dan putus asa di dalam gelanggang harus dicontohi generasi muda hari ini.


“Semangat ini perlu di dijadikan  pembakar semangat anak-anak muda untuk terus berjaya untuk mencapai cita-cita mereka,” katanya


Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Orang Ramai Simpang Pelangai di sini, hari ini sempena perlawanan persahabatan antara Chong Wei bersama penduduk kampung di situ.


Turut menunjukkan kehebatan bermain perlawanan itu termasuk Tiong Lai sendiri, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes.


Sementara itu kehadiran Chong Wei disambut meriah oleh penduduk Kampung Simpang Pelangai yang memenuhi dewan orang ramai untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah aksi tangkas jaguh badminton dunia di kampung mereka.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]