Gempa 5.2 magnitud gegar selatan Iran

in Global by


TEHERAN – IRAN . Stesen televisyen Iran melaporkan gempa bumi sekuat 5.2 magnitud menggegarkan rantau pergunungan terpencil di selatan negara itu, hari ini.


Bagaimanapun, tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan.


Laporan itu menyebut, gegaran berlaku di bandar Sisakht, kira-kira 700 kilometer di selatan Teheran.


Bandar berkenaan mempunyai 10,000 populasi penduduk.


Pada November tahun lalu, gempa berkekuatan 7.2 magnitud telah membunuh lebih 600 orang di barat Iran.


Manakala gempa bumi berkekuatan 6.6 magnitud di bandar bersejarah Bam pada 2003, telah mengorbankan hampir 26,000 penduduk. – AP


Source: SH Global

[featured-video-plus]