LG optimis catat pertumbuhan dua angka

in Bisnes by


LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG), yakin dengan prospek perniagaannya tahun ini berbanding tahun lepas dan menjangka mencatatkan pertumbuhan dua angka yang dipacu oleh segmen poduk premiumnya.


Pengarah Urusan, Kim Kyutae berkata, tindakan syarikat menukar kepada produk premium adalah strategi untuk menawan dan memenuhi permintaan pelanggan.


“Rangkaian produk premium kami yang inovatif akan membantu kami mencapai jumlah sasaran jualan dan menjadi jenama nombor satu di Asia, kerana kami adalah yang pertama memperkenalkan teknologi canggi dan unik di pasaran berbanding pesaing kami,” katanya pada pengenalan produk terbaharu LG di Petaling Jaya, Selangor.


Antara produk berkenaan adalah televisyen baharu dengan diod pemancar cahaya organik (organic light-emitting diode) (OLED) yang memaparkan pemproses pintar alpha9 dan mesin basuh TWINWash yang membolehkan dua jenis bebanan cucian pada satu masa.


Sebuah lagi produk uniknya ialah peti sejuk InstaView dengan ciri mudah knock-on dan mengurangkan kehilangan udara sehingga 41 peratus.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]