Perlukah carumkan KWSP?

in Bisnes by


SITUASI:


Sebuah  perusahaan berskala industri kecil sederhana (IKS) membuat kuih-muih tempatan. Operasi niaga pula hanya bergantung kepada tempahan harian. Hanya ada lapan pekerja sahaja untuk membantu. Persoalannya, adakah majikan perlu mencarumkan KWSP kepada kesemua pekerjanya? dan berapa jumlah pekerja yang perlu digajikan agar sesebuah syarikat itu layak mencarumkan pekerjanya?


JAWAPAN:  


Seorang majikan hendaklah membayar caruman KWSP bagi pekerja yang diambil untuk di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.


Ini termasuklah pekerja sambilan, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan.


Selain itu, pengarah yang menerima upah dari syarikat dan pekerja sehingga umur 75 tahun sekiranya masih bekerja sama ada sudah atau belum membuat pengeluaran penuh/ sebahagian selepas mencapai umur 55 atau 60 tahun juga termasuk.


Caruman KWSP tidak bergantung kepada bilangan pekerja yang ada tetapi ia bergantung kepada sama ada mereka diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan (contract of service).


*** Penulis: Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]