An Evening With The Stars dibatalkan

in Hiburan by

An Evening With The Stars dibatalkan


MAJLIS Makan Malam Amal, An Evening With The Stars – Anuar Zain yang dijadualkan berlangsung di Persada, Johor Bahru pada 6 Mei depan telah dibatalkan.


Menerusi kenyataan media yang diedarkan, E&F Event Resources selaku penganjur secara rasmi telah mengumumkan  majlis tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang  tidak dapat dielakkan.


“Dengan rasa rendah hati, pihak E&F Event Resources selaku pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat di dalam majlis ini.


“Terutamanya  kepada mereka yang telah mendapatkan tiket untuk menghadiri majlis tersebut, rakan-rakan media serta pihak penaja yang telah menyokong kami selama ini.


“Kepada mereka yang telah membeli tiket bagi majlis ini, anda bolehlah mendapatkan semula bayaran tiket tersebut bermula dari 4 Mei 2018 sehingga 4 Jun 2018 dari Pihak E&F


Event Resources dengan menghubungi Puan Emi 012-6999306, Cik Adda 011-11420411


dan Nan 017-7614115 berserta dengan bukti pembelian.” jelasnya.


Dalama kenyataan tersebut, pihak E&F Event Resources juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas sokongan dan  komitmen yang diberikan kepada  mereka sebelum ini.


“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penaja, pihak artis yang terlibat iaitu Anuar Zain di bawah pengurusan Anuar Zain Network Sdn Bhd, Zamani dan Fauzie Laily di atas komitmen, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak E&F Event Resources selama ini.


“Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas keputusan yang dibuat oleh pihak E&F Event Resources ini. Segala kesulitan adalah amat dikesali,” ujarnya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]