Bapa tertekan campak anak dari jejantas

in Global by


BEIJING – CHINA. Seorang bapa ditahan polis selepas mencampak anak lelakinya berusia tujuh tahun dari jejantas hingga mati dilanggar kereta, di bandar Chongqing, China.


Lelaki dikenali sebagai Jiang, 32, dipercayai tertekan akibat tidak mampu menanggung kos perubatan anaknya itu selepas berpisah dengan isteri.


Dalam kejadian 29 April lalu, Jiang dikatakan berjalan bersama anaknya selepas menaiki bas dari Chengdu ke Chongqing.


Menurut saksi kejadian, ketika dua beranak tersebut melalui sebuah jejantas kira-kira jam 8.30 malam, si bapa tiba-tiba mencampak anaknya ke bawah.


Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu jatuh di atas bahu jalan sebelum dilanggar kereta dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]