Bertuahnya anak Johor

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri yang meletakkan keperluan dan hasrat rakyat sebagai keutamaan dan pencapaian itu didokumentasi dalam kad laporan pencapaian kerajaan negeri 2013-2018.


Johor bukan sahaja menjadi kuasa ekonomi selatan Tanah Air, malah berjaya menjadi juara dalam merealisasikan kehendak dan kemahuan rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled, sesak 2013.


Semua inisiatif tidak kira skim atau program yang dilaksanakan secara nyata meletakkan kehendak, keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan.


Menjadi ikrar Mohamed untuk membawa negeri ini kepada satu pembangunan bersifat inklusif dengan pentadbiran kerajaan itu sendiri adalah pro-rakyat iaitu meletakkan keperluan dan hasrat rakyat sebagai keutamaan dan di tempat nombor satu.


Kajian Suara Hati Johor dilancarkan dengan tujuan untuk menggubal dasar berpaksikan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat berasaskan tema ‘Merakyatkan Kerajaan’ yang kemudiannya dilaksanakan menerusi Pelan Suara Hati Johor yang menggariskan tujuh fokus utama.


Kesemua fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan; menyediakan perumahan mampu milik; menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang mencukupi; memartabatkan agama Islam; menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap serta meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.


Susulan itu, dari masa ke semasa, pelbagai agenda, pelan mahupun strategi digarap dan diterjemahkan sehinggalah ia membawa kepada pengenalan Gagasan Johor Berkemajuan.


Kini, selepas sepenggal mentadbir, kerajaan negeri BN pimpinan Mohamed Khaled telah menjadikan Johor sebagai ekonomi termaju di selatan Malaysia, sekali gus menjadi kuasa ekonomi baharu bagi Malaysia dan rantau Asia Tenggara. 


Mohamed Khaled berkata, semua pembangunan dan kemajuan yang ingin dicapai mesti berpaksikan kepada rakyat.


“Kerajaan negeri di bawah BN, kita nak jadi Johor ini negeri yang paling sejahtera untuk semua. Negeri yang paling sejahtera untuk semua.


“Kita ingin tegaskan iaitu apa pun bentuk dan tahap pembangunan dan kemajuan yang ingin kita capai ia mesti berpaksikan kepada rakyat,” katanya.


Manfaat inisiatif kerajaan bermanfaat kepada keseluruhan peringkat umur, bangsa dan agama, dari seusia sehari hingga golongan warga emas dan mereka yang berkeperluan OKU.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]