Fizz Fairuz, Almy Nadia bakal timang anak ketiga

in Hiburan by
Fizz Fairuz, Almy

Fizz Fairuz, Almy Nadia bakal timang anak ketiga


PASANGAN pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia difahamkan pasangan ini tidak lama lagi bakal menerima cahaya mata yang ketiga.


Berita baik itu telah dikongsi dan dimuat naik oleh Fizz menerusi Instagram miliknya beserta kapsyen syukur dan teruja.


“Amin… hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke4.. hehehehe.. masin mulut @sheilarazlan hehehe,” coretnya menunjukan alat ujian kehamilan.


Perkongsian itu juga telah menerima 5,988 likes, setakat artikel ini ditulis.


Sementara itu, diruang komen IG milik Fizz, 38, dihujani doa dan ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Untuk rekod, kedua pasangan ini selamat disatukan pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Afrina Arianna dan Aurora.


Semoga dengan bakal kehadiran zuriat ketiga nanti akan menambahkan lagi kebahagiaan dan rezeki dalam keluarga Fizz dan Almy.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]