Golongan muda Kedah mahu perubahan

in Edisi Utara by


POKOK SENA –  Pemuda Bersatu Kedah percaya momentum dan kehangatan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat di negeri ini bakal menyumbang kejayaan kepada Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14.


Ketuanya, Mohd Aizad Roslan yang juga calon Harapan di Dun Bukit Lada berkata, gelombang sokongan yang dipamerkan oleh pengundi terutama golongan muda yang mahukan perubahan cukup dirasakan pada kali ini.


Menurutnya, tawaran Harapan di Kedah adalah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar seperti di beberapa tempat di sekitar Bukit Lada.


“Saya yakin dengan momentum dan gerak kerja sedia ada ditambah pula dengan sokongan pengundi, kita mampu menang di Bukit Lada ini walaupun bertanding empat penjuru.


“Ditambah dengan kekuatan parlimen (pengaruh) Datuk Mahfuz, Insya-ALLAH kemenangan di Dun Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena akan menyumbang ke arah kejayaan Pakatan Harapan untuk menuju ke Wisma Darul Aman dan juga Putrajaya,” katanya kepada Sinar Harian.


Aizad berkata, rakyat semakin tertekan dengan beberapa dasar kerajaan sedia ada dan ini adalah masa paling sesuai untuk melakukan perubahan melalui kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan selepas PRU14 sekiranya Harapan diberi mandat.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]