Idea GST cetus sejak Daim jadi menteri kewangan

in Nasional by


BERA – Cadangan pelaksanaan Cukai GST sebenarnya dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Ismail Sabri berkata, Daim turut terlibat dalam kajian mengenai pelaksanaan cukai itu.


“Mungkin dia (Daim) pun sudah lupa,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Risda Stesen Batu Papan, di Kampung Batu Papan, di sini hari ini,


Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan calon BN bagi kerusi Parlimen Bera itu berkata, pelaksanaan GST di 167 negara antaranya lebih maju daripada Malaysia membuktikan ia memberi kebaikan kepada sesebuah negara.


Katanya, pulangan GST membolehkan aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.


Beliau berkata sebagai membidas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST sejak 1 April 2015.


Dalam satu majlis di Kedah baru-baru ini Daim turut dilaporkan menyatakan secara terbuka sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada PRU14. – Bernama




 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]