Jangan 'pakai' dah dacing lama: Idris

in Politik by


BESTARI JAYA – “Orang zaman sekarang dah tak pakai dacing lama sebab semua dah guna elektronik,” demikian kata calon Pakatan Harapan (Harapan) Dun Ijok, Dr Idris Ahmad yang menyifatkan BN sudah tidak relevan.


Menurutnya, rakyat negeri ini khususnya pengundi Dun Ijok perlu mengekalkan kerajaan Harapan dan menolak BN kerana perjuangan parti itu sudah tidak relevan.


“Berilah sokongan kepada kerajaan Harapan supaya diberikan mandat untuk terus mentadbir negeri ini selepas PRU14 kerana terbukti peduli rakyat dengan pelbagai bentuk inisiatif.


“Saya juga mahu menasihatkan supaya selepas mengundi nanti jangan terus balik…kena tunggu di pusat mengundi untuk pastikan tiada pengundi hantu,” katanya.


Beliau berkata demikian sempena Majlis Minum Petang di Tapak Pasar Lama Bestari Jaya yang turut dihadiri calon Harapan bagi Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan calon Harapan Dun Jeram, Mohd Shaid Rosli bersama lebih 50 penyokong parti itu.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]