Jep Sepahtu dedah wajah dan nama anak

in Hiburan by

Jep Sepahtu dedah wajah dan nama anak


GENAP seminggu kelahiran anak kepada dua pasangan bintang terkenal tanah air, Jep Sepahtu dan isteri, Sari Yanti.


Menerusi perkongsian Jep di Instagram miliknya, pelawak ini tampil mendedahkan wajah comel dan nama anaknya, Dariya Inara. Unik dan sedap nama tu.


Beberapa keping gambar yang dimuat naik Jep, kini mendapat banyak like dan komen pengguna IG.


Rata-rata, semua memuji kecomelan wajah anak Jep dan Sari Yanti. Lebih-lebih lagi foto yang menunjukkan Dariya sedang tersenyum.


Selain itu juga, Jep dan isteri turut mewujudkan akaun IG puteri sulung mereka.


Setakat artikel ini ditulis, Dariya sudah mempunyai 12 ribu lebih pengikut. Pasti akan meningkat lebih banyak selepas ini.


Terdahulu, kedua pasangan selebriti ini telah berkahwin dalam satu majlis pernikahan tertutup pada Februari tahun lalu.


Semoga dengan kehadiran zuriat ini mendatangkan lebih kebahagiaan dan rezeki dalam keluarga pasangan selebriti ini.


 


 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]