Jom tambah pendapatan sepanjang Ramadan ini

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BAHAU – Mini RTC Serting Ilir masih membuka peluang kepada usahawan untuk menyertai program Jualan Sebulan Poso sempena Ekspo Hiruk Pikuk Aidilfitri anjuran Persatuan Usahanita Jempol sepanjang Ramadan ini.


Pengerusi Mini RTCnya, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar berkata, tawaran dibuka untuk usahawan tudung dan pakaian, kuih raya, kasut, aksesori wanita, alat solek dan lain-lain lagi walau bagaimanapun, tapak terhad.


“Peluang ini dibuka juga kepada pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Jempol sebagai langkah promosi bagi menarik orang ramai mengunjungi tapak ini.


“Dalam pada itu Mini RTC Serting Ilir akan membuat jualan Happy Hour Raya pada waktu-waktu tertentu.


“Program ini akan berlangsung pada 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di Kiara Square, Bahau,” katanya.


Sementara itu Sinar Harian difahamkan, harga jualan tapak bagi keluasan khemah 10’×10’ adalah sebanyak RM450 sebulan bersamaan RM15 sehari.


Nurulazma Shafiqah memberitahu, khemah disediakan dan promosi juga diadakan melalui pelbagai kaedah.


“Oleh itu, kepada para usahawan yang berminat untuk menyertai program ini saya di talian 017-3756376.


“Mini RTC Serting Ilir membuka peluang untuk usahawan berniaga sepanjang bulan puasa,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]