Jumlah korban ribut debu di India mencecah 100 orang

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Laporan terkini ribut debu kuat yang melanda bahagian utara India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 95 nyawa dengan beratus yang lain cedera.


Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa maut ketika sedang tidur apabila rumah mereka runtuh setelah terkena kilat yang mengganas.


Terdahulu, ribut yang berlaku semalaman itu dilaporkan meragutĀ  77 nyawa dengan 143 lagi cedera, ia turut mengganggu bekalan elektrik, mengakibatkan pokok tumbang,memusnahkan rumah penduduk serta membunuh haiwan ternakan.


[ARTIKEL BERKAITAN: 77 maut ribut debu di India]


64 orang maut di Uttar Pradesh manakala 43 lagi di daerah Agra yang menempatkan monumen Taj Mahal, namun pegawai berkuasa berkata angka kematian dijangka meningkat.


Kerajaan negeri mengarahkan pihak berkuasa kawasan yang terjejas agar menyediakan laporan terperinci berhubung kerosakan, ia bagi membolehkan bayaran pampasan dibuat kepada keluarga mangsa. –


Source: SH Global

[featured-video-plus]