'Macam adik bongsu dengan kakak sulung'

in Hiburan by
Aeril Zafrel

‘Macam adik bongsu dengan kakak sulung’


SEDANG enak skrol laman media sosial terutamanya di Instagram, lalu pula dua keping gambar passport pasangan selebriti romantis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berserta kapsyen usikan.


“Macam adik bongsu dengan kakak sulong pulak kan?,” coret Aeril.


Gambar berkenaan telah dikongsi sendiri oleh Aeril menerusi IG miliknya yang sudah mempunyai bilangan pengikut sebanyak 2.4 juta.


Andai diperhatikan betul-betul, pasangan merpati dua sejoli ini betul-betul nampak macam adik beradik. Patut saja netizen meriah di ruang komen.


Ada yang memuji ketampanan wajah suami Wawa seperti pelakon bollywood sebab berjambang. Sementelah itu, ada juga yang mengusik isteri Aeril, kononnya Wawa lah yang berpangkat kak long. Lucu betul netizen, ada sahaja cerita mereka.


Jom baca antara komen “win” netizen.


Loveliee : muka sama, jodoh panjang @aeril_zafrel


Hafiza_chan : yang paling suka tengok, sweet ja @aeril_zafrel senyum sikit


Azhaniwonder : anugerah tuhan secantik bidadari


Xsyaff.najwax : tak lah macam adik dengan abang, bukan adik dengan kakak


Zura : @aeril_zafrel macam hero hindustan sangat. Ada jambang pun elokk


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]