Orang muda beri undi pada Pas

in Edisi Terengganu by


DUNGUN – Pengundi muda diyakini mampu membawa kemenangan kepada Pas di negeri ini.


Ketua Pembangkang yang juga calon Dun Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, pengundi muda yang merupakan undi penentu memperlihatkan sokongan ketara bagi merealisasikan perubahan di Terengganu.  


Menurutnya, pelbagai isu yang membebankan anak-anak muda turut menjadi punca golongan tersebut yakin bersama-sama Pas yang dilihat sebagai parti yang boleh membela hak rakyat.


“Perkembangan pengundi muda sebanyak 70 peratus akan mampu membuat perubahan.


“Orang muda adalah golongan bermaklumat dan kalau dilihat sokongan mereka amat ketara jika dibandingkan dengan PRU 13.


“Melalui perkembangan media baharu golongan muda mulai sedar dan boleh buat perubahan.


“Berbeza dengan orang lama yang ‘hardcore’ dengan sokongan mereka,” katanya.

Satiful (kiri) turun padang bertemu pengundi di Paka


Beliau berkata, bukan sahaja pengundi muda, calon-calon muda yang diketengahkan oleh Pas negeri amat relevan untuk suasana sekarang.


“Seramai 15 calon-calon muda lepasan graduasi Pas ketengahkan kali ini.


“Mereka diyakini membawa hala tuju dan kepimpinan era baharu.


“Jika dilihat program atau himpunan Pas anjurkan sebahagian besar penyokongnya adalah anak muda,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]