Pavilion Karangkraf di PBAKL 2018 diserbu

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sehingga jam 12 tengah hari ini,  Pavilion Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 tidak putus-putus dikunjungi orang ramai terutama murid dan pelajar sekolah sejak mula dibuka jam 10 pagi tadi.


Pengurus Editor Buku Umum, Resipi dan Kraf Alaf 21, Grup Buku Karangkraf, Rubiah Aksah berkata, sambutan memang hangat  sehingga ada rak bahan bacaan kehabisan stok bahan bacaan dan terpaksa menunggu untuk di isi semula.


“Antara yang ketara adalah buku resipi termasuk kompilasi resipi memang kita lihat laju jualannya di sini.


“Mungkin sudah hampir Ramadan, kemudian Syawal, ramai pengunjung mendapatkan bahan bacaan ini untuk rujukan mereka ketika berpuasa dan hari raya nanti,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, sepanjang tujuh hari PBAKL berlangsung, buku resipi yang telah diisi semula di rak yang disediakan akan cepat habis dan akan diisi semula agar pengunjung tidak kecewa kerana mahu mendapatkan buku resipi yang diingini.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]