Pesawat tentera terhempas, sembilan maut

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh apabila sebuah pesawat kargo tentera Amerika Syarikat (AS) yang usang terhempas ketika penerbangan terakhirnya, semalam.


C-130 Hercules dari Pengawal Udara Negara Puerto Rico itu terlibat dalam nahas berhampiran Lapangan Terbang Savannah pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan).


Rakaman insiden itu menunjukkan ia terhempas sebelum meletup dan menghasilkan bola api yang besar.


Terdahulu, jurucakap Pengawal Negara Puerto Rico, Mejar Paul Dahlen memaklumkan lima kru maut, namun jumlah itu bertambah selepas terdapat empat penumpang lain yang juga anggota tentera dalam pesawat tersebut.  


Presiden Donald Trump menerusi Twitter mengesahkan beliau telah dimaklumkan tentang kejadian itu dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]