Saintis 104 'mengembara untuk mati'

in Global by


SYDNEY – AUSTRALIA. Saintis berusia 104 tahun, Dr David Goodall, semalam memulakan ‘pengembaraan’ terbang mengelilingi dunia untuk menamatkan hidupnya.


Ahli ekologi dan ahli botani itu bagaimanapun tidak menghidap sebarang penyakit serius.


“Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia bukan perkara yang sedih. Apa yang menyedihkan adalah apabila ‘hasrat’ itu dihalang,” katanya.


Goodall turut ditemani rakannya, wakil kumpulan Exit International, Carol O’Neill.


Ahli akademik kelahiran London itu tinggal bersendirian di sebuah flat kecil di Perth, Australia Barat.


Antara pencapaian beliau adalah menyunting siri buku 30 volume berjudul Ecosystems of the World dan menjadi anggota sebuah pertubuhan di negara itu untuk kerja saintifiknya.


Pada 2016 ketika Goodall berusia 102 tahun, beliau berjaya mengekalkan jawatannya sebagai penyelidik kehormat di kampus Universiti Edith Cowan di Perth, namun tidak dibayar gaji. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]