Sokongan terhadap calon MCA meningkat

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN –  Sokongan calon MCA di Parlimen Rasah semakin meningkat berikutan banyak kawasan yang sebelum ini tidak dilayan, mula menjadi perhatian.


Calon BN Parlimen Rasah, Ng Kian Nam berkata, sepanjang tempoh berkempen ini, beliau mendapati banyak pengundi di beberapa kawasan dalam parlimen ini mula memberi perhatian kepada manifesto BN, dan ada di antara mereka mula tertarik dengan manifesto tersebut.


katanya, manifesto BN yang hebat ditambah pula dengan manifesto Negeri Sembilan, menguatkan lagi daya tarikan kepada pengundi untuk memilih BN.


“Sepanjang tempoh berkempen ini kita melihat banyak masyarakat mula membuka mata dan menerima manifesto BN berbanding Pakatan Harapan.


“Sokongan yang diterima sekarang ini, menyebabkan semangat untuk kita merampas kembali kerusi Parlimen Rasah adalah tinggi, malah itu bukan mustahil kerana sebelum ini Rasah pernah dimenangi oleh BN, dan pada kali ini saya akan mengulangi sejarah kegemilangan BN di Parlimen Rasah.


“Saya mengharapkan sokongan daripada semua masyarakat setempat agar memberi peluang kepada BN untuk ‘menjaga’  Parlimen Rasah, dan rakyat nanti boleh menilai wakil rakyat mana yang lebih baik sama ada BN mahupun parti pembangkang,” katanya.


dalam pada itu, Kian Nam memberitahu pihaknya akan mengadakan konsert demokrasi bagi mendekati hati pengundi.


katanya, pada malam konsert itu nanti beliau bersama calon-calon di Parlimen Rasah akan membuat persembahan nyanyian lagu berasaskan manifesto dan misi BN.


“Kita berharap pendekatan ini akan membuatkan kita lebih dekat dengan pengundi, dan sekali gus memberi kelebihan kepada calon BN,” katanya.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]