Tok Guru puji Tun M, kata Nik Omar

in Politik by


PUTRAJAYA – Calon Pakatan Harapan Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad sewaktu memegang jawatan perdana menteri dahulu.


“Dulu Tun (Tun Mahathir) dan ayahanda ada berbeza pendapat. Bila ada wartawan tanya, Tok Guru akan puji Tun.


“Tun ini pemimpin… perdana menteri yang ada kebijaksanaan. Tun ini pemimpin hebat, dihormati rakan seluruh dunia dan Asia, pandu negara ke arah yang lebih baik. Sekarang ini ambo nak kata Tun bersama Pakatan Harapan ingin bina negara yang lebih baik,” katanya dalam ceramah kebangkitan rakyat, di sini, malam ini.


Hadir pertama kali di Putrajaya, calon Dun Chempaka itu menambah, jika di Turki, Presidennya, Recep Tayyip Erdogan tidak pernah kata hendak laksana syariat Islam, tetapi apa yang dilaksanakannya semua menuju ke arah Islam.


Katanya, sama seperti Harapan, walaupun adalah pembangkang, tapi yakinlah ia bukanlah menuju ke belakang.


“Kalau nak tukar kerajaan, kita yakin Harapan mampu menuju ke hadapan untuk kebajikan rakyat Malaysia sama ada Cina, India atau Melayu dan semua rakyat Malaysia.


“InsyaALLAH dengan gabungan DAP, Amanah, Bersatu dan PKR ini, mampu melonjakkan Malaysia menuju ke negara maju,” katanya.


Mengulas lanjut, jelas Nik Omar, ini adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan.


“Ambo ambil semangat adik kakok, ambik ambil semangat Tun, ambo ambik semangat ayahanda Tok Guru. Kita sebagai manusia, hamba ALLAH, kita perlu saling menghormati.


“9 Mei nanti, kita semua tahu kita ada PRU. Kita ada pilihan untuk memilih. Bukan nak pilih agama, tetapi pilih pasukan yang boleh pandu negara ke arah yang lebih baik,” katanya.


Dalam ceramah pada jam 9 malam tadi, ribuan penyokong Harapan hadir bagi mendengar ceramah daripada pemimpinnya.


Antara yang hadir adalah Tun Mahathir dan calon Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Samsu Adabi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]