115 laporan polis sejak hari penamaan calon

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menerima sebanyak 115 laporan berhubung kesalahan pilihan raya sejak hari penamaan calon pada 28 April lalu.


Daripada jumlah itu, sebanyak 15 laporan polis dibuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kebanyakan kesalahan melibatkan kesalahan kecil dan kesalahan bawah akta pilihan raya.


“Kita menerima aduan tentang bendera seperti membuang bendera, membakar bendera dan merosakkan bendera parti.


“Ada juga kes di mana kita jumpa dadah jenis ganja di sebuah pusat jentera parti di Seberang Perai Tengah.


“Ada juga tangkapan kerana membawa bendera dan perarakan bermotosikal yang boleh menyebabkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya kepada media, tadi.


Menurutnya, polis akan ambil tindakan serius terhadap segala laporan dibuat.


“Saya juga ingin memaklumkan bahawa semua parti yang ingin mengadakan ceramah hendaklah mendapatkan permit terlebih dahulu.


“Ketiadaan permit adalah satu kesalahan dan kita boleh arah untuk hentikan ceramah itu. Kesalahan itu juga boleh ditahan.


“Saya minta mulai sekarang, kita akan memantau lebih rapi semua ceramah dan mereka wajib ada permit,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]