1,756 pengundi awal di Parlimen Besut

in Edisi Terengganu by


JERTIH – Seramai 394 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal pada PRU14  di daerah Besut, hari ini.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, daripada jumlah itu, seramai 311 pegawai dan anggota akan mengundi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut manakala selebihnya di dua buah balai polis dan di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK).


Menurutnya, tiga pusat terbabit itu ialah dua balai polis iaitu Balai Polis Jertih bagi Dun Jertih, Balai Polis Pasir Akar (DUN Hulu Besut) dan PUGK untuk Dun Kuala Besut.


“Pegawai dan anggota terlibat akan mula mengundi mulai 9 pagi hingga 5 petang,” katanya.


Dalam pada itu, seramai 1,392 anggota tentera PUGK akan turut mengundi awal hari ini dengan 1,345 daripadanya mengundi di PUGK.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]