BN Terengganu catat sejarah

in Edisi Terengganu by


MARANG – BN Terengganu mencatatkan sejarah apabila menyenaraikan dua calon wanita bertanding pada PRU14 di Dun Sura, Datuk Zainun Abu Bakar dan Zaitun di kawasan Dun Bukit Payong.


Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta wanita agar menyokong kedua-dua calon berkenaan pada PRU14 ini.


“Wanita perlu ingat, di bahu kita terletak tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN di Bukit Payong.


“Ceritakan kebaikan dan kemajuan yang dibawa kerajaan hari ini kerana kita ada bukti.


“BN juga telah memerintah negara dengan baik,” katanya ketika melawat Parlimen Marang sempena Program Jelajah Hebatkan BN PRU14, diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong, di sini.


Turut hadir, calon BN di kerusi Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Datuk Muda Mamat.


Shahrizat berkata, negeri Terengganu telah mencatatkan pembangunan yang amat baik selepas 2004 sekali gus mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa dan generasi akan datang.


Dalam pada itu, beliau dalam masa sama mengingatkan supaya jentera Jalinan Rakyat Wanita berkempen dengan penuh adab dan nilai yang melambangkan pekerti sebagai seorang wanita Pantai Timur.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]