BN waspada diserang saat akhir

in Edisi Utara by


BALING – BN menjangkakan surprise last minute attack (SLMA) akan dilancarkan pihak tertentu kepada parti itu menjelang PRU14.


Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, SLMA itu bukan hanya berkisar isu nasional tetapi turut menyentuh peribadi calon.


“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan saya sendiri dah lali dengan serangan ini. Apa yang saya harapkan agar penyokong tegar BN tidak terpedaya dengan fitnah-fitnah sedemikian,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pecah tanah UiTM Baling di Kampung Bandar, tadi.


Zahid berkata, penyokong atas pagar perlu menerima hakikat kerajaan BN di bawah pentadbiran Najib telah melakukan yang terbaik untuk negara.


“Pembangkang mahu nafikan semua sumbangan dan transformasi ini, sebab tu mereka tiada bahan lain, mereka tunjukkan perkara berlawanan atau yang negatif sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, mengulas kenyataan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan mangsa Memali sebagai mati katak, beliau menyifatkan Mahathir ‘ingat-ingat lupa’.


“Dia tu ingat-ingat lupa, tak payah layan,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]