Brazil siasat rasuah bernilai RM3.93 bilion

in Global by


RIO DE JANEIRO – BRAZIL. Kerajaan Brazil menjalankan siasatan rasuah yang antara lain menyasar rangkaian penggubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan ahli politik dan perniagaan terkenal.


Aktiviti penggubahan wang haram itu dipercayai membabitkan pemindahan wang sebanyak AS$1 bilion (RM3.93 bilion) menerusi akaun luar pesisir di 52 negara.


Menurut pendakwa raya persekutuan, waran tangkap dikeluarkan ke atas 53 individu, dan kebanyakannya membabitkan pengurup wang yang beroperasi di pasaran gelap.


Pihak berkuasa berkata, siasatan rasuah ‘Car Wash’ pada 2014 menjadi usaha membanteras rasuah antara terbesar di dunia, bermula dengan penangkapan seorang pengurup wang.


Beberapa tangkapan turut dibuat semalam, susulan keterangan dua pengurup wang, Vinicius Claret dan Claudio Barbosa yang bertanggungjawab memindahkan wang haram bagi pihak bekas Gabenor Riode Janeiro, Sergio Cabral, yang kini menjalani hukuman penjara lebih 100 tahun, selepas didapati bersalah atas pelbagai tuduhan rasuah. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]