Buat minuman guna air tandas

in Global by


KOLKATA – INDIA. Seorang penjual teh di India ‘terkantoi’ selepas sebuah rakaman video menunjukkan dia mengambil air tandas kereta api sebelum dijual sebagai minuman kepada penumpang.


Perbuatan menjijikkan lelaki dalam kereta api Ekspres Chennai-Hyderabad itu akhirnya terbongkar selepas rakaman jelas memaparkan dia bersama dua individu lain keluar dari tandas bersama tin besar yang digunakan untuk membuat teh dan kopi dikongsi secara meluas.


Indian Railways dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan telah dijalankan ke atas insiden itu dan penjual teh terbabit telah didenda AS$1,500 (RM5,905).


“Rakaman itu diambil dari sebuah kereta api di Secunderabad di Telangana. Hanya salah seorang daripada mereka mempunyai lesen yang sah,” kata jurucakapnya.


Awal minggu lalu, polis turut berjaya menumpaskan sindiket yang menjual daging busuk yang telah dibuang kepada restoran.


Jualan daging dan ayam di bandar itu telah menjunam sejak pihak berkuasa merampas kira-kira 20 tan daging busuk tersebut. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]