Masyarakat Cina terima kerajaan BN

in Uncategorized by


SITIAWAN – Masyarakat Cina di kawasan Parlimen Lumut dan Beruas dilihat semakin menerima kerajaan BN di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Kebanyakan mereka mengakui kerja kuat yang ditunjukkan oleh menteri besar itu terutama dalam membangunkan negeri Perak amat membanggakan.


Seorang penduduk, Ding Tai Kok, 42, berkata, Dr Zambry sentiasa turun padang di hampir semua kawasan di Perak terutama di kawasan Parlimen Lumut.


“Dr Zambry begitu mudah bermesra dengan sesiapa saja termasuklah orang Cina.


“Kami senang dengan caranya itu kerana boleh ‘masuk’ dengan sesiapa saja tanpa mengira kaum,” katanya.


Katanya, setiap masalah rakyat akan cuba dicari jalan penyelesaian terbaik.


“Bukan sebab PRU saja ini menteri besar datang turun padang tapi sejak dari dulu lagi beliau sudah datang.


“Ini adalah contoh terbaik yang disukai oleh semua orang,” katanya.


Seorang lagi penduduk, Low Ngen Jin, 77, berkata, Dr Zambry dilihat begitu menyayangi rakyat dan sanggup berjuang untuk rakyat.


“Kami sangat bangga kerana mempunyai menteri besar yang begitu sayang kepada rakyat.


“Beliau memberikan tumpuan kepada semua kaum tanpa mengira sesiapa sekalipun,” katanya.


Bagi Peter Saw, 49, pula, rakyat seharusnya memilih pemimpin berkenaan bagi menerajui negeri dan kawasan.


“Beliau sangat bekerja kuat dan tidak ada alasan lagi untuk kita menolak wakil rakyat seperti ini.


“Saya yakin masyarakat Cina di sini juga sudah semakin menerima beliau dan tak mustahil kali ini BN dapat menang besar,” katanya.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]