Pengundi perlu pilih calon bertenaga

in Edisi Utara by


LANGKAWI – Pengundi Langkawi diharap memilih calon yang bertenaga dan mampu menjalankan tugas.


Penyandang kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, beliau mengakui pengundi di pulau bebas cukai itu berdepan konflik untuk memilih calon atau parti.


“Memang ada dalam dalam jiwa orang Langkawi nak pilih calon atau parti, yang penting kena pilih parti kerana parti akan bawa ke arah lebih baik.


“Walaupun kita sayang Tun Dr Mahathir (Mohamad) tapi sayang sebagai manusia, bukan dengan pangkah beliau kerana kita perlu sayang masa depan Langkawi.


“Calon berumur tak boleh buat apa. Kalau nak pilih, pilihlah orang boleh buat kerja, ada tenaga, ada masa,” katanya pada Majlis Helang, #hebatkanLangkawi anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Telaga Walk, Jalan Pantai Chenang, di sini.


Dalam perkembangan lain menurutnya, kenaikan kos sara hidup yang meningkat setiap tahun bukanlah salah BN, sebaliknya ia perkara normal yang berlaku di mana-mana sejak zaman Jepun.


“Harga kos barang (naik) bukan sahaja berlaku hari ini tapi sejak zaman Jepun, kos sara hidup meningkat.


“Ia bukan kerana parti tapi faktor ekonomi, formula ekonomi begitu. Tiap tahun harga akan naik, gaji akan naik, pendapatan juga akan naik, mana ada barang turun harga, yang tu rakyat dah faham,” katanya.


Sementara itu, Nawawi menyatakan beliau tidak tahu berkenaan sebaran risalah yang memburukkan pesaingnya yang diedar di sekitar Kuah kepada komuniti Cina.


“Poster Tun M anti Cina? Saya tak tahu, saya tak perasan lagi.


“Saya sekarang fokus di tempat saya, kawasan-kawasan jentera sahaja, minta maaf,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]