Petanda tsunami Melayu di Johor

in Edisi Utara by


BATU KAWAN – Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan besar ‘tsunami Melayu’ akan berlaku di Johor pada PRU14 nanti.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu kerana sokongan masyarakat Melayu terhadap program-program anjuran pembangkang amat luar biasa.


“Saya nak kongsi kebangkitan pengundi Melayu di Johor iaitu kubu kuat Umno. Dulu kita nak masuk kampung, kena halau. Dulu kita buat ceramah empat orang cakap, dua orang saja dengar.


“Tapi sekarang kita buat dekat Pasir Gudang iaitu kerusi Menteri Besar Johor, seramai 15,000 orang hadir. Daripada jumlah itu 90 peratus adalah orang Melayu.


“Kita buat pula di Muar, seramai 12,000 orang hadir dan 75 peratus adalah Melayu. Kalau dia kata semua dalam kawasan bandar, kita pun buat dalam kawasan kampung iaitu di Pagoh,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa ceramah mega Pakatan Harapan di belakang Dewan Perkampungan Juru, di sini.


“Nak tumbangkan BN mesti ada tiga syarat. Pertamanya kita mesti dapat peratusan undi lebih 80 peratus. Kedua, kebangkitan pengundi Melayu.


“Syarat ketiga iaitu deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak kita mesti pecahkan. Tiga hari lepas saya pergi ke Sabah dan Sarawak. Saya lihat keadaan di Sarawak ok, boleh tahan.


“Tapi di Sabah hebat betul. Bendera Warisan (Parti Warisan Sabah) lebih banyak daripada BN,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]