Terengganu catat sejarah senarai dua calon wanita

in Politik by


MARANG – Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta wanita agar menyokong calon BN di Dun Bukit Payong, Toh Puan Zaitun Mat Amin sebagai wakil rakyat pada PRU14 ini.


Beliau berkata, Terengganu mencatatkan sejarah apabila menyenaraikan dua calon wanita bertanding pada PRU14 iaitu calon BN di Dun Sura, Datuk Zainun Abu Bakar dan Zaitun di kawasan Dun Bukit Payong.


“Wanita perlu ingat, di bahu kita terletak tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN di Bukit Payong. Ceritakan kebaikan dan kemajuan yang dibawa kerajaan hari ini kerana kita ada bukti.


“BN juga telah memerintah negara dengan baik,” katanya kepada media ketika melawat Parlimen Marang sempena Program Jelajah Hebatkan BN PRU14, diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong, di sini.


Turut hadir, calon BN di kerusi Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Datuk Muda Mamat.


Shahrizat berkata, Terengganu telah mencatatkan pembangunan yang amat baik selepas 2004 sekali gus mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa dan generasi akan datang.


Beliau dalam masa sama mengingatkan jentera Jalinan Rakyat Wanita berkempen dengan penuh adab dan nilai yang melambangkan pekerti sebagai seorang wanita Pantai Timur.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]