Tragedi Memali: Tun Mahathir dakwa Hadi menipu

in Politik by


PUTRAJAYA – Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan mati katak terhadap mangsa tragedi Memali.


Mahathir mendakwa, Presiden Pas itu banyak kali menipu orang ramai sehingga menjadi punca beliau terpaksa mempertahankan diri.


“Saya tidak mahu kata-kata apa mengenai Memali tetapi Hadi suka menipu seperti dia kata saya terlibat (dalam tragedi Memali), (kemudian) dia kata Lim Kit Siang (Penasihat DAP) mempergunakan saya dan selepas itu dia sebut Pas tidak pernah menyebut Umno sebagai kafir.


“Sedangkan seluruh dunia tahu tetapi dia kata tidak, jadi saya kena tegaskan dia menipu,” katanya.


Beliau berkata, dirinya terpaksa bersuara apabila orang memperkatakan sesuatu yang tidak benar.


Mahathir berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan yang dibuatnya dalam satu  ceramah di Lembah Pantai kelmarin.


Kenyataan itu mendapat kritikan hebat  kerana menyamakan 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]