7,129 polis dan tentera buang undi hari ini

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Seramai 7,129 pegawai serta anggota polis dan tentera di negeri ini terlibat dalam proses undi awal PRU14 hari ini.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,511 anggota membuang undi di Pusat Mengundi Dewan Budaya, Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Terengganu sejak jam 8 pagi.


“Sebanyak lima saluran undi dibuka dan kesemua pengundi awal di sini membuat pengundian bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tiga kerusi Dun iaitu Ladang, Bandar serta Batu Burok,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]