Ahmad Jazlan lawat lokasi mengundi awal

in Edisi by


MACHANG – Calon Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turun padang meninjau lokasi mengundi awal di Dewan Exora, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini, sebentar tadi.


Beliau tiba kira-kira  jam 9 pagi sebelum beramah mesra dan bersalaman dengan  anggota serta pegawai polis yang menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.


Calon BN yang  juga penyandang kerusi Parlimen Machang pada PRU13 itu turut bertanya khabar ejen-ejen tempat mengundi dari parti-parti lain, Pas dan Pakatan Harapan(Harapan).


Pada PRU14 ini beliau ditentang Calon Pas, Zulkifli Mamat dan Calon Harapan, Datuk Sazmi Miah.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]