BN perlu menang selesa

in Edisi by


IPOH –  BN bukan sahaja perlu  menang pada PRU14 ini dan seterusnya mendapatkan majoriti yang selesa pada pilihan raya kali ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,  majoriti berkenaan dilihat mampu dicapai berdasarkan kepada prestasi kesemua calon pada ketika ini.


Menurutnya, berdasarkan kepada gabungan ketiga-tiga calon melibatkan calon parlimen Tambun, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Mohd Ziad Zainal Abidin (calon Dun Manjoi)  dah Datuk Aminuddin Md Hanafiah, calon Dun Hulu Kinta, keperluan berkenaan boleh dicapai pada pilihan raya kali ini.


“Macam mana pun  yang paling penting kita tengok track record wakil rakyat kita. Biarpun Manjoi ditandingi banyak parti, saya tak mau kata ia akan banyak beri peluang lebih baik kepada BN.


“Yang penting calon yang ada ini dah pun berkhidmat dan rakyat boleh buat penilaian dari segi sumbangan mereka,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Manjoi, hari ini.


Hadir sama, Adun Manjoi, Mohd Ziad Zainal Abidin dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Hulu Kinta).


Sementara itu bagi mengulas saingan tiga penjuru pada PRU kali ini, Zambry menyifatkan perkara berkenaan tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada BN.


Bagaimanapun yang penting katanya, rakyat telah melihat segala perkhidmatan yang telah ditunjukkan oleh Mohd Ziad serta Datuk Amin selama ini.


“Ahli parlimen juga orang lama dan gabungan ketiga-tiga ini saya yakin boleh memberikan kemenangan pada PRU14,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]