Individu paling dikehendaki kena tangkap

in Global by


MADRID – SEPANYOL. Individu paling dikehendaki di Britain, Jamie Acourt telah ditahan di Sepanyol atas kesalahan dadah.


Penahanan Acourt, 41, itu dibuat ketika dia mahu meninggalkan Metropolitan Sagrada Familia Gym di Barcelona, semalam.


Polis memburu lelaki tersebut untuk membantu siasatan polis berhubung sindiket pengedaran dadah dan pembunuhan Stephen Lawrence pada 1993.


Jurucakap Polis Metropolitan (Met) berkata, Waran Tangkap Eropah (EAW) telah dikeluarkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjejaki Acourt yang kali terakhir dilihat di Britain pada 1 Februari 2016 yang turut dijalankan di bawah operasi bersama Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), Met dan Polis Sepanyol.  


“Ia berkaitan dengan siasatan dilancarkan Perintah Jenayah Serius dan Terancang pada 2016. Kami sedang menunggu prosiding penghantaran pulang,” ujarnya lagi.


Difahamkan, Acourt dijadualkan hadir di mahkamah di Madrid pada awal minggu depan untuk pendengaran proses ekstradisi tersebut. – BBC

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]