Ini soalan Pak Ngah untuk Najib…

in Edisi Utara by


BALING – “Apa yang (Datuk Seri) Najib (Razak) agung-agungkan sangat tentang transformasi? Pak Ngah tak tau, tolong jelaskan!”


Itu persoalan dilontarkan oleh seorang penduduk,  Razak Awang Kechil,69, yang mesra dipanggil Pak Ngah Razak kepada barisan penceramah Pakatan Harapan pada Program Sembang Santai di Kampung Charok Sikin, di sini hari ini.


Menjawab soalan itu, seorang penceramah Harapan yang juga calon kerusi Parlimen, Mohd Taufik Yaacob menerangkan, tiada tranformasi dibuat pada zaman Najib.


Katanya, tranformasi sebenar dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir, dan rakyat kini sedang menikmatinya.


“Tiada satu apa pun perlu dibanggakan zaman Najib, segala projek mega zaman Mahathir, Universiti pun tak ada satu pun dibina ketika ini.


“Cuba tengok di Baling, banyak pembangunan dibuat pada zaman Mahathir. Jika ada dibuat  zaman sekarang, tolong tunjuk?,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]