'Jangan tertipu kempen mengarut'

in Politik by


JOHOR BAHRU – Rakyat diharapkan tidak tertipu dengan penyebaran bahan kempen mengandungi kenyataan mengarut serta palsu sempena tempoh kempen yang sedang berlangsung.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau risau dengan penyebaran bahan seumpama itu khususnya secara online oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Ambil contoh, dakwaan kehadiran rakyat Bangladesh di lapangan terbang yang memakai topi BN baru-baru ini.


“Saya harap rakyat tidak diperdaya dengan semua taktik ini, sebab itu kita perkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” katanya di sini, hari ini.


Pengerusi BN Pulai berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke pusat pengundian awal di Polis Marin Wilayah 2 di Tampoi, di sini hari ini.


Nur Jazlan berkata, dengan adanya akta tersebut, ia akan membolehkan rakyat sedar mengenai penghasilan dan penyebaran kandungan sedemikian.


Katanya, rakyat juga tidak seharusnya beremosi apabila membaca bahan kempen seumpama itu, sehingga terpedaya dengan taktik pihak tertentu.


Ditanya perkembangan kempennya di Parlimen Pulai, beliau memberitahu aktiviti kempen berjalan dengan lancar dengan dirinya kerap turun ke lapangan bagi bertemu rakyat pelbagai kaum.


“Saya tidak mengesan akan berlakunya tsunami Cina atau Melayu (seperti dakwaan segelintir pihak). Dan saya fikir rakyat akan mengundi secara objektif (pada 9 Mei ini),” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]