Lantik semula Shahrizat dalam kabinet

in Politik by


BAGAN DATUK – Barisan Nasional akan melantik semula Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjadi salah seorang menteri kabinet sekiranya memenangi PRU14 dengan majoriti dua pertiga.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun Shahrizat tidak bertanding mana-mana kerusi Parlimen pada PRU kali ini, beliau boleh dilantik sebagai senator.


Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional memaklumkan langkah itu sebagai tanda penghargaan parti terhadap kesetiaan dan kerja keras Shahrizat dalam membantu calon-calon bertanding menerusi Jalinan Rakyat (JR) Plus.


“Tidak seperti dua atau tiga pemimpin lain, bila tidak bertanding mereka lari, sabotaj dan berpaling tadah daripada parti.


“Jadi selepas 9 Mei apabila BN menang besar dengan dua pertiga, saya akan bisikkan kepada perdana menteri agar Shahrizat dilantik semula sebagai menteri kabinet,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan JR Plus Bagan Datuk di, Hutan Melintang petang tadi.


Tambah Ahmad Zahid, dia juga akan mencadangkan supaya lebih banyak kerusi Dewan Negara diberikan kepada tokoh wanita yang berkaliber.


Sementara itu Sharizat turut melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada Ahmad Zahid di atas keprihatinan beliau dalam memperkasakan peranan wanita dalam pentadbiran kerajaan.


“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zahid atas saranan beliau akan membawa perkara ini kepada perdana menteri tetapi sebelum benda itu berlaku wanita mesti menang besar dua pertiga pada PRU14,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]