Masih dalam siasatan polis: Rafiena Ezanee

in Hiburan by
Datuk Rafiena Ezanee

Masih dalam siasatan polis: Rafiena Ezanee


PENERBIT terkenal Datuk Rafiena tampil membuat laporan polis pada Mac lalu berhubung kes pecah amanah dan membabitkan kerugian ratusan ribu.


Menurut pemilik Darkave Pictures Sdn. Bhd., individu berkenaan adalah orang kepercayaan yang sudah lama berkhidmat di bawah syarikat berkenaan.


Mengulas lanjut, Rafiena atau nama penuhnya Rafiena Ezanee Ramli, 35, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.


“Saya mula sedar sejak emak saya pergi mengerjakan ibadah umrah. Saya minta emak untuk doakan kebaikan dan keselamatan buat syarikat saya.


“Sebab saya merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku.


“Di bawah syarikat ada lagi satu anak syarikat, Darkwave Global khas untuk sewaan peralatan penggambaran dan dipertanggungjawabkan kepadanya.


“Jadi nilai yang rugi ratusan ribu ringgit jugalah. Saya memang tak menyangka dia tergamak melakukan perkara ini sebab saya percayakan dia yang sudah lama bekerja di bawah Darkwave Pictures.


“Pun begitu, saya tak boleh ulas panjang kerana hal ini masih dalam siasatan pihak polis,” akuinya ralat.


Rafiena ditemui ketika sidang media bagi drama bersiri 30 episod Air Mata Syurga yang bakal menemui penonton bermula 7 Mei setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam di HyppSensasi, saluran 116, unifiTV.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]