Misi baharu di Marikh

in Global by


CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (Nasa), hari ini melancarkan kenderaan robotik baharu, InSight ke Marikh untuk mengkaji gempa di permukaan planet merah itu.


Pelancaran roket Atlas V itu dibuat pada jam 4.05 pagi (waktu tempatan) dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California.


Projek menelan kos AS$993 juta (RM4 bilion) itu juga bertujuan memperluaskan pengetahuan manusia tentang keadaan di Marikh dan membongkar bagaimana planet berbatu seperti bumi terbentuk berbilion tahun lalu.


Ia dijadualkan mendarat di planet tersebut pada 26 November depan. – AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]